PENGENALAN
Pusat Pembelajaran UIS telah ditubuhkan pada 1 April 2021 bagi menyokong hasrat naiktaraf UIS sebagai sebuah universiti penuh. Di awal penubuhannya, tanggungjawab utama Pusat Pembelajaran UIS adalah menjurus ke arah membangunkan kemahiran pegawai akademik melalui siri bengkel dan latihan terutama dalam menghadapi cabaran sistem pendidikan tinggi di Malaysia selaras dengan perkembangan teknologi. Selain itu, Pusat Pembelajaran UIS turut terlibat dalam memastikan perlaksanaan e-pembelajaran UIS senantiasa berada dalam keadaan yang memuaskan. Manakala, perubahan naiktaraf Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sebagai Universiti Islam Selangor (UIS) pada 2024 telah membuka ruang kepada Pusat Pembelajaran UIS bagi menerajui inisiatif tambahan seperti perlaksanaan Open Distance Learning (ODL) dan Micro-Credential (MC) di UIS selaras dengan misi Pusat Pembelajaran UIS bagi mencapai kecemerlangan universiti melalui sistem pembelajaran teknologi terkini.
01.
Visi
Meningkatkan kualiti universiti dan pembangunan pegawai akademik UIS.
02.
Misi
Mencapai kecemerlangan universiti melalui sistem pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi terkini.
03.
Fungsi
Memastikan kelestarian Akademia dan Institusi Pengajian Tinggi khususnya.