Micro-Credentials
Micro-credentials secara umumnya adalah suatu kursus atau pakej pembelajaran yang bertujuan untuk mengiktiraf peningkatan kepakaran dan kompetensi spesifik individu dalam pelbagai bidang dan lazimnya diakses menerusi platform portal pembelajaran dalam talian.
Micro-credentials ditawarkan bagi membuka peluang terutamanya kepada individu bekerja untuk meningkatkan kemahiran spesifik yang disyaratkan oleh majikan dan industri dalam tempoh yang singkat. Ia bertujuan untuk memastikan tahap kekinian ilmu serta menutup jurang kemahiran (skills gap) yang disebabkan oleh kepesatan perkembangan pengetahuan dan teknologi masa kini.
Halaman ini akan memberikan maklumat-maklumat terkini berkenaan inisiatif berkenaan Micro-credentials yang dipelopori MQA terutamanya bagi memperkukuhkan usaha Kementerian Pengajian Tinggi dalam menyokong agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat.