Catatan Pengarah

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini bagi meneruskan tugas kerja dengan penuh semangat. Sesungguhnya tahun 2024 merupakan satu lembaran baru dan sangat dinanti-nantikan oleh semua warga Pusat Pembelajaran (PP) oleh kerana PP akan semakin berkembang dengan amanat baharu. Sementelah lagi, kita telah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam menangani kehidupan pasca pandemik COVID-19 yang telah melanda negara dari tahun 2019 sehingga 2022.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga, koordinator dan Task Force PP atas komitmen dan kerjasama yang amat tinggi dalam menyokong inisiatif - inisiatif yang telah dipertanggungjawabkan kepada PP iaitu iaitu Latihan/Bengkel Akademik, Open Distance Learning (ODL), Micro-Credential (MC) dan juga Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) sejajar dengan Pelan Strategik UIS 2024-2028 Teras 2: Menyediakan Pembelajaran dan Pembelajaran (PdP) Transformatif dan Futuristik selain meneruskan pendigitalan kandungan akademik bagi menyokong Pelan Pengajian Malaysia Pengajian Tinggi 2021-2025 yang berfokuskan tujahan ke 9: Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global. 

PP juga dalam usaha untuk mengerakkan inisiatif baharu iaitu Open Distance Learning (ODL) atau dikenali sebagai Program Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh yang menawarkan kandungan pembelajaran yang fleksibel, lengkap dan lebih kepada pembelajaran kendiri. PP akan membantu mendapatkan perkongsian pakar bidang bagi membantu semua pembangun self-instructional materials (SIM) ODL untuk menghasilkan SIM yang berkualiti kepada para pelajar. Diharap, inisiatif baharu ini mendapat sokongan sepenuhnya oleh warga UIS dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat institusi pengajian tinggi tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kaedah konvensional selain berubah mengikut perkembangan teknologi terkini.

Besarlah harapan saya supaya pihak PP dan warga akademik UIS dapat bekerjasama dalam memastikan insiatif-inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya di peringkat universiti. Saya turut berdoa agar harapan dan usaha kita untuk menjadikan Universiti Islam Selangor sebagai sebuah institusi yang cemerlang melalui sistem pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi terkini akan berjaya direalisasikan.  InshaAllah.

Image
© 2024 Pusat Pembelajaran UIS. Hakcipta Terpelihara
Image

Extremity direction existence as dashwoods do up. Securing marianne led welcomed offended but offering six raptures.

ADDRESS

249 Oxford Str, Paddington NSW 2021
Sidney Avustralya
+ 850 244 0 666